Lelaki ditangkap ketika ingin memasak kucingnya


NEW YORK - Seorang lelaki muncul di persidangan mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan dimana lelaki tersebut berusaha untuk memasak kucingnya.

Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi didalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat.

Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.

Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.

Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan. Demikian diberitakan Reuters.

Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.

No comments:

Post a Comment