KOLKATA – Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh selepas sebuah jambatan runtuh ekoran dipenuhi orang ramai yang menyambut satu festival anjuran parti Gorkha Janmukti Morcha di pekan Darjeeling, semalam.
Majistreet daerah tersebut, Soumitra Mohan berkata, kabel besi jambatan tersebut terputus ketika orang ramai berasak-asak untuk mendengar ucapan dan menyertai program kebudayaan sempena festival lima hari di pekan Bijanbari, Bengal Barat.
Katanya, sejumlah orang terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras sebaik saja jambatan itu runtuh.
“Jumlah kematian setakat ini seramai 32 orang namun ia dijangka meningkat kerana ada yang masih hilang,” katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment